|

Profil & Latar Belakang Organisasi

Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT)

Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) ditubuhkan untuk mengurus, memelihara, dan memajukan harta serta dana warisan negeri Terengganu secara berkesan dan bertanggungjawab demi memberikan pulangan yang maksimum kepada pembangunan sosioekonomi negeri.

Objektif Utama

  • Memastikan perlindungan dan pemeliharaan aset serta dana warisan negeri.
  • Melaksanakan pelaburan dan perniagaan hartanah yang berdaya maju.
  • Menyediakan perkhidmatan sewaan premis dan tanah komersial secara sistematik.
  • Menjana pertumbuhan sosioekonomi melalui anak syarikat dan penswastaan strategik.